Featured post

BYE BYE PORES

Produk terbaru keluaran  BVR  ini sangat sesuai untuk rawatan tambahan bagi mereka yang bermasalah pori2 besar dan terbuka -...

Wednesday, 7 December 2016

NUGGET AYAM TAUFU

Image result for Nugget Ayam Tahu





Bahan-bahannya:
4 keping daging ayam boneless ( boleh guna bahagian dada atau peha)
2 cawan serbuk roti ( breadcrumbs)
1/2 biji telur
150 gram taufu ( 1 bekas petak mini taufu) – di Malaysia buleh guna tauhu yang warna putih tu
sedikit garam
lada sulah
2 sudu kecil baking powder
*Untuk Coating*
2 biji telur yang dipukul sedikit menggunakan garpu
3 cawan breadcrumbs

Cara-Caranya
1. Buang kulit pada isi ayam dan potong kecil-kecil, blender isi ayam hingga hancur. Nak guna food processer pun boleh, kalau guna blender tu jangan masukkan isi ayam tu sekali gus ye, masuk sikit-sikit kasi betul-betul hancur.
2. Kemudian masukkan isi ayam yang telah diblender tadi di dalam bekas dan masukkan taufu, baking powder, lada sulah, dan garam, gaul sebati hingga taufu hancur.
3. Kemudian masukkan serbuk roti dan telur, gaul lagi. Selepas itu bentukkan nugget ayam mengikut citarasa masing-masing, bentukkan lah bulat ke, lonjong ke bentuk love ke.
4. Apabila telah dibentukkan bulat-bulat, leperkan sedikit dan celupkan dengan telur dan salut semula dengan serbuk roti, kalau nak coating tu lebih tebal ulang langkah tadi sekali lagi. Boleh terus di goreng atau di simpan di dalam tempat sejuk beku.

##SELAMAT MENCUBA

No comments:

Post a Comment

 
TERIMA KASIH KERANA DATANG KE BLOG RIFFZSHOP